Wednesday, 25 August 2010

Ohh macam ni rupanya Que!!!

Dah kenal saye??? Nak kenal??? Baca lah perkara-perkara di bawah ini..
Setakat yang saya dapat kaji... Huhuhu... Harap dapat memahami :)



1) Sentiasa Kawal Diri

Elemen ini mudah sahaja dikenali sebagai mengcontrol diri. Control dari semua aspek, percakapan, tingkah laku, pergaulan, memek muka, respon kita terhadap orang lain. Kalau diikutkan saya ni takdelah bagus sangat bab-bab kawal diri ni. Huhuhu... Tapi dalam banyak-banyak hari di mana-mana sahaja, saya ni boleh dikira agak pendiam. Tapi bukan pasif. Bising bertempat. Saya amat sukakan orang yang peramah dan orang yang banyak idea untuk bercakap. Saya ni sangatlah kekurangan idea untuk berbicara, lebih-lebih lagi dengan orang yang tak kenal ditambah lagi dengan orang yang lebih tua dari kita. Mungkin sebab orang-orang yang setakat ini saya kenal tak mempunyai minat dalam bidang yang sama kot. Huhuhu... Tapi saya harap orang tidak menyalah tafsirkan dengan sikap saya yang pendiam ini... Pendiam tak sombong taw. seriously kalau awak tegur saya akan balas dengan hati yang ikhlas dan terbuka...




2) Suka ketawa

Serius saya suka gelak-gelak dan hepi-hepi. Tapi bukan berlebihan. Setakat untuk hiburkan hati yang kadang-kadang bermasalah ni.. Huhuhu... Saya suka tengok kawan-kawan saya ketawa. Terutamanya teman-teman rapat saya (tak perlulah saya statekan kat sini, nanti terlepas pandang lak... semua kawan-kawan saya baik lelaki dan perempuan dan anda juga adalah salah satu! ya Awak!). Sebab tu kadang-kadang saya sangat suka sakat orang, suka buat lawak yang ntah hapa-hapa, hahaha... kalau korang perasan saya kadang-kadang buat-buat tak faham, buat-buat tanya macam-macam... saja nak kenakan korang semua... padahal tu je modal yang ada... kadang-kadang nak tengok reaksi korang yang nak cerita balik benda yg saya mintak korang ulang tu.. Hahaha... jahat betol... Jangan marah haa... Terkantoi lak kat sini... Huhuhu...tapi kadang-kadang ade yang buat-buat faham (sebab malas nak dengar korang cakap banyak2 sebab aku plak yang nak cakap) Hahahaha...




3) Air Muka

Betol, saya akui orang lain amat susah (jarang jarang sangat) nak tengok saya bila saya sedih, saya marah, saya bad mood, saya tak suka, saya benci, saya meluat, saya risau, saya runsing, saya down, saya stress..dan semua itu... Kadang-kadang saya ni selamber je.. Kan kan kan... Salah satu sebab adalah kerana saya tidak suka orang bertanyakan masalah saya, Oleh itu saya secara automatik merubah air muka dan ditambahkan dengan senyuman manis (sweet nyer!!!) untuk menyelindungi semua perkara. Saya cuba melakukan perkara tersebut, saya terpaksa untuk menyembunyikan perkara itu sebab saya tak mahu orang lain berfikir pasal saya. Biar saya je yang fikirkan orang lain. Kadang-kadang dah sakit kepala duk fikirkan pasal orang lain dengan bermacam-macam masalah, problem, buat hal sana, buat hal sini, masam sana, masam sini, gaduh sana gaduh sini. Aku pun kadang-kadang tergaduh dengan orang lain jugak. Maaf tau kepada orang yang saya dah termarah atau teremosi. Kadang-kadang saya ni mudah marah bila ditambah dengan bengang. Tapi amat mudah sejuk bila orang minta maaf. Saya tak suka buat-buat muka (jeling or something like that), (kalau ada itu hanya gurauan taw) sebab itu bukan saya. Huhuhu...



4) Tak Pandai Memujuk

Maaflah kalau dah ada sesiapa yang pernah menangis tergilakan saya dia hadapan saya semasa meluahkan perasaan atau tersentuh pasal sesuatu perkara tak kira laa pasal ape pun sekali pun baik lelaki atau perempuan, tapi respon saya hanya biasa-biasa sahaja. Saya pun tak faham kenapa saya tak boleh nak keluarkan kata-kata pujuk rayu atau segala madah pujangga yang melatop-melatop bagai tuh... Takkan nak search kat internet atau bukak buku motivasi dulu masa korang nangis bagai tuh.... Saya memang tak pandai memujuk orang. Saya akan lost segala kata-kata semangat tu bila dah betul-betul ada orang yang memerlukan benda tu.. Kalau contoh ayat yang saya pernah cakap bila ada orang menangis adalah : " Dah dah.. jangan nangis lagi...biarkan je dia tu..." tu je yang aku boleh cakap.. huhu.. dah takleh cakap lebih-lebih... Selebihnya aku akan biarkan dia menangis dulu puas-puas then baru lah kita pasang telinga kalau dia ada benda nak luahkan kat kita. Kalau tak ada ape-ape yang dia nak cakap aku akan hormati keputusan dia. Ye laa masinga-masing ada privacy masing-masing. Serius aku katakan aku ni tak suka memaksa. Hehehe.. Malangnya dapat kawan macam aku..macam tak caring pun ada..Tapi bila kita caring kat dia, dia tak perasan lak yang kita ni caring kat dia...

5) Suka mengalah

Harap-harap betullah ungkapan orang yang mengalah tu tak semestinya kalah. Aku kadang-kadang ni selalu cakap.."Emmm tak ape laaa", "Biar laaa".. macam selalu dahulukan orang... tapi mengalah bukan bermakna aku ni selalu berputus asa. Never give up ok!!!!  Tak suka berputus asa. Kadang-kadang kalau tak ade orang yang nak bangkitkan balik semangat kita, aku akan bangkitkan sendiri. Macam-macam laa yang aku cakap kat diri aku ni..Kadang-kadang aku pun sendiri tak tahu ungkapan itu betul or salah.. asalkan semangat aku datang balik. biasanya bila dapat result test or quiz... kadang-kadang aku sendiri yang ejek-ejek kat markah aku tu sambil gelak-gelak, tapi dalam hati, parah yang ado!!! haahaha... bab - bab mengalah ni dalam situasi tertentu sahaja tau.. bukan dalam semua perkara... ye laa kalau kita rasakan perlu benda tu, tapi bukan saat itu dan tak penting, kita biarkan dulu orang lain ambik... Contohnya bila kita sukakan sesuatu perkara, tapi perkara tu tak de laa penting sangat3x...just untuk melengkapi kehidupan, tapi kalau tak de pun still lengkap lagi... so, kita dapat tahu orang lain perlukan benda yang sama, tapi tak tahu lah bagi dia tu penting or tak; so bagi laa dia ambik dulu... Mungkin ad rezeki lain yang lagi bagus untuk saya... hehehe...tak suka berebut kot...







p/s : : 
Saya: Saya rasa dah banyak perubahan diri saya!!! Anda perasan tak????
Wafa: Perasan sangat...Sebab tu laa kalau awak datang rumah saya tengok awak lain macam je..
Saya: Tipu sangat!!Haha.. Awak dok main je..Tak tengok saya pun..Pastu awak ketuk-ketuk telefon saya...
Wafa: Henfon awak kan cantek!!
Saya: saya tau...
Wafa: Tau xpe.. Awakkan bapa saudara kami yg paling hensem. (sambil mengenyitkan mata dengan abang2 si kecik ini)
Saya: Ye ke??? OK nanti saya belanje coklat Dairy Milk...
Wafa: YES!!!
Saya: Opsss sorry, awak kena jaga gigi, nanti rongak plak... Huhuhu.. senyum nnti tak xchomel..
Wafa: Alaaaaa....


(Dialog rekaan semata-mata..Huhuhu)


4 comments:

  1. Hahaah..kawan-kawan saya ramai yg macam ni..semua satu geng semua cam nih.. Huhu

    ReplyDelete