Tuesday, 17 August 2010

Kisah "Wook jamin RM2,000"

Apalah agaknya yang pembaca2 semua rasa tentang lelaki ni??
Bukankah sepatutnya dia yang menjaga isterinya yg tua tu??
Insaflah, walau tiada sedikit pun perasaan cinta dan kasih sayang,
tidak adakah perasaaan kasihan terhadap isteri anda tu???
tidakkah anda rasa terbuang masa, tenaga, duit dgn najis dadah tu??
apa yang engkau fikir di benak fikiran sebenarnya???

sabarlah wahai isteri, tabahkan hatimu... ganjaran menantimu di sana. Insya-Allah..


Kita sama-sama jadikan iktibar, tak kira berapa pun usia suami atau isteri kita,
secantik mana seburuk mana pun wajah isteri dan suami kita, dia adalah anugerah.
Jadilah orang-orang yang bersyukur. sekali anda merasakan nikmat syukur,
1000kali anda akan lebih menghargainya.

-wamozuwaha-

HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.
Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.
Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.
Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain di sini semalam.
Selain itu, Majistret turut menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh pendakwaan kes tersebut.
Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor pernah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.
Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.
"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat.
"Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.



p/s: hurm!! tak ada kesedaran sivik!!!



11 comments:

  1. aku rase kan dia kawen dgn wook sbab duit je kot...aku rase laaa..

    ReplyDelete
  2. ish ish~~~jamin lagiiiiii...

    ReplyDelete
  3. Cik Nad:: aku pun rase mcm tu.. biasal laa org tua kan... byak tanah..

    ReplyDelete
  4. miemen:: dah sayang kat suami... redha je..

    ReplyDelete
  5. yupp.i bace niwh..hm sgt la xptot kan.sptutnye the guy jg nenek tu tp nenek tu plak y kne perabes dwet dy..

    ReplyDelete
  6. kesian la kat wook tu...
    nape la mat nor tu x insaf2 lagi...

    ReplyDelete
  7. Izzati Amanina::laki tu memang xleh harap... hati batu... xdak otak ke hapa!!!

    ReplyDelete
  8. Abang Azwandy:: Tak terdetik pun lam hati dia nak insaf... xde pun perikemanusiaan...

    ReplyDelete
  9. laaaa kene tangkap lagi ke mamat ni??!!

    ReplyDelete
  10. Che:: sebelum ni dah masuk paper ek??

    ReplyDelete