Tuesday, 24 August 2010

Aku tak ade perasaan.




Sape cakap aku ni tak ade perasaan.?? Aku pun ada perasaan jugak laa.. Aku pun taw marah, geram, hepi, sedih... So jangan lagi cakap aku ni tak ade perasaan. Kadang-kadang bukan aku tak berperasaan. Tapi aku tak suka menunjuk-nunjuk perasaan itu. Lebih baik aku diam, cool, dari melalut tak tentu pasal... then end up dengan benci dan dendam. Aku tak suka berdendam. Aku tak suka membenci. Walau sejahat mana pun orang itu lakukan kepada aku, aku sedia memaafkan dia walaupun dia sendiri tak datang minta maaf. Aku tak sekejam yg korang fikirkan.

Serius aku bagitahu, aku sekarang dalam proses nak kebalkan diri. Bukan kebalkan diri supaya tak berdarah semasa ditikam, tapi kebal untuk tidak terluka bila ditikam dengan kata-kata. Luka hati lebih buruk padahnya dari luka berdarah. Senyumku kadang-kadang sangat terpaksa. Fikiran ku melayang-layang berfikir kepada benda-benda yg membataskan diri aku. Ya, aku terbatas dengan perkara itu. Aku tak tahu aku apa yg aku kena buat... Rungsing, celaru, bingung, pening...!! Aku dah tak kesah dengan masalah-masalah perasaan ni. sebab perasaan aku dah tak ada di sini.. Perasaan aku dah terpaku kt tempat lain yg aku sendiri pun tak tahu bila akan selesai..

Hari-hari kecil aku semasa kanak-kanak bukan seperti korang semua. Hari-hari kecil aku penuh dengan cacian, herdikan, yang kadang-kadang aku tak mampu lawan. Aku dah luak, mual dah dengan semua ni. Bayangkan daripada tadika hingga tingkatan 5 dan masuk matrik pun aku masih berdepan dengan perkara yg sama. Macamana aku tak kebal dengan benda-benda lain. Setakat korang nak cakap aku ni pending, undelivered, berkira, sombong, gemuk, tak ade hati laa...tak ade perut...laaa segala bagai tu aku dah tak kesah laaa...

Tapi satu je aku nak pesan, sebelum anda nak judge orang lain, judge la diri anda dulu, kemudian anda letakkan diri anda di tempat orang yg anda nak judge tu.. Fahami perasaan di dulu....kata-kata penghinaan tu kalau boleh elakkan sebab bagi aku benda tu langsung tak professional. SEKIAN.

p/s:Siapa yang saya ada hutang dengannya, tolonglah sangat bagitau. Saya dengar, Rasulullah tidak mahu solatkan jenazah yang ada hutang.

12 comments:

  1. wei...tak penah pun ko wat entri sedey cenggini...huhu..

    chill q..

    just be urself ;)

    ReplyDelete
  2. hahahaah...sedey ke??? harus laa emo skit je...

    ReplyDelete
  3. wey~~sape dok maki ko mse matrix...ckp kat aku...aku nl blasah die...brani die kutuk2 kwn aku...

    ReplyDelete
  4. bukan hang ke?? hahaah..gurau je... ada laaa seorang hambaAllah ni...huhu.. tpi dh xkesah daa..

    ReplyDelete
  5. takpe bro banyak2 sabar.. manusia memang cenderung untuk memperlekehkan orang lain hanya untuk menyedapkan hati masing2 & untuk justify diorang punya action. dah selalu jumpa orang2 macam ni

    ReplyDelete
  6. u're rite..
    sebelum nak judge orang lain, judge diri sndri dulu..

    ReplyDelete
  7. Dik,

    Usah sedih dengan hinaan manusia,
    Yang menghina pun belum tentu mulia di sisi Allah
    Yang kita perlu takuti hina kita disisi Pencipta

    Renung2kan....

    (kita tak hidup dengan pujian, dan kita tak perlu mati dengan hinaan orang....be yourself ok...

    i love you so much my dear.from bottom of my heart..i'm proud to be your sister because i know your are a good brother! cheers~

    ReplyDelete
  8. Che Armster:: Orang2 camni memang ramai kat sekeliling...tapi saya tak kesah ngn diorang...cuma kadang2 tak perlu lah nak salahkan orng lain sedangkan org tu tak menjejaskan dia pun..

    ReplyDelete
  9. eima xara:: betul2...huhuhu.. tapi ramai orng yg suka mengata org lain sedangkan dia tu lagi hina...

    ReplyDelete
  10. Kak La:: Kadang-kadang rase letih sangat... Kadang-karang rasa belum bersedia untuk semua ni... Kadang-kadang rasa terpaksa... Tak larat nak jaga hati dan perasaan orng... sedangkan hati kita masih parah lagi dgn masalah dunia... :) .. Saya rasa macam keseorangan...
    Tapi Alhamdulillah saya kuat untuk menghadapi semua ini... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. que! what's up!!? come on lah.. tak QUE lah kalu sedih2 camni.. I kan ada... hahahaa..

    serius: ok2.. abaikan org yg mengata, mengeji kita.. org yg buat mcm tu memang 'penganggur'.. tak ada kerja nak buat.. =)

    ReplyDelete
  12. is: dun worry..aku dh ok r.. Huhu.. kejap jew..

    ReplyDelete