Tuesday, 27 July 2010

Kisah Kembali Lagi

Hari keempat 16/5/2010 (Ahad)

You have to be happy first to make others happy.  Betul jugak kan ungkapan ini. Ermm… habis tu kan, orang yang buat orang lain menderita tu mesti dia pun sedang menderita jugak. Sebab itu dia sanggup buat orang lain menderita jugak. Huhu..tak tahu lah.. Hari ni hari guru. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia yang kenal saya. Terutama sekali kepada guru Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang, Sekolah Menengah IMTIAZ Besut, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, dan Pensyarah-pensyarah Universiti Putra Malaysia, tak lupa jugak kepada Cikgu di Sekolah Memandu, Bintang. Sesungguhnya insane-insan ini telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Kenangan aku bersama guru-guru yang paling aku ingati adalah ketika aku berada di Sekolah Menengah IMTIAZ Besut. Ahh..sungguh manis kenangan ini. Aku paling suka bersembang dengan cikgu-cikgu. Antaranya adalah Ustazah Rohana, Cikgu Ramlah, Teacher Syafinaz, Cikgu Roshaida. Hahaha…semua cikgu pompuan. Cikgu lelaki masa ni semua dah kawin kot, focus kat rumah tangga diorang. Hehehe… Cikgu-cikgu ni paling banyak bagi nasihat kat aku. Kadang-kadang diorang belanja aku makan kat Kedai Kak Sah. Aku suka makan bubur nasi kat situ. Diorang selalu bagi semangat kat aku. Terutamanya sebelum SPM. Masa aku kat Matrikulasi pun diorang selalu bagi semangat kat aku. Banyak laa sangat kisah-kisah yang aku sendiri pun ingat-ingat lupa. Huhu..kenangan terindah semuanya.

p/s: kawan2 msa kat IMTIAZ


p/s: kawan2 masa kat matrik





4 comments:

  1. i loike pic yg pkai baju kaler biru byk2 tu..

    ReplyDelete
  2. i loike pic yg pkai baju kaler biru byk2 tu..

    ReplyDelete
  3. i loike pic yg pkai baju kaler biru byk2 tu..

    ReplyDelete