Friday, 30 July 2010

Hampa + Pasrah + Terima je..


Selagi tak post benda ni selagi tu lah idop tak senang. Semalam pasal Akademik, hari ni pasal Board plak. Pasal aku nyer Sekretariat. Aku tak pernah lagi rasa down macam ni sepanjang jadi exco!!! Serius!!! sebab aku terlalu bagi harapan yang amat tinggi kat Junior dan batch baru ni... Terkilan sangat2.. Rase cam diboikot... Adoiii..

Tak tahu nak ngadu kat sape... First time rase tak leh nak tanggung benda-benda ni. Aku tak nak ngadu kat partner aku, takut dia lagi stress bila nampak aku camni. Aku kena kuat. Aku harus kuat. Tiba-tiba jadik blank...

Alkisahnya....budak junior kat Kolej kami ni kebanyakannya budak-budak dari fakulti Sains Komputer, major Multimedia... Budak-budak lelaki terutamanya.. Aku sangat-sangatlaa menaruh harapan yang amat tinggi kt diorang masa aku dapat tahu kos ni yang datang kat kolej kami. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku rasa cam aku diberi sinar baru dan pengganti kat tempat aku nanti. 

Masa diorang isi borang semasa minggu orientasi hari tu, diorang banyak sangat berminat dalam multimedia, fotografi, it lab, dan banyak lagi laa...tapi bila tiba saat interview... hanya 1 orang sahaja lelaki dari kos Multimedia, sorang lagi dari kos Software engineering.. Total hanya 2 Lelaki Melayu junior yg datang interview. 

Nak kata tak ade publisiti, budak perempuan punya laa ramai yang datang.. Annoucement dah buat. Dah suruh kawan2 diorang SMS. Diorang bagi alasan dah join tu..dah join ni. Konon-kononnya merita dah banyak..Tipu weiii...Aku tak mintak banyak, aku just nak mintak bakat diorang dan sedikit pengetahuan yang diorang ada. Serius aku cakap, aku nak juga belajar dengan diorang. 

Aku nak belajar pasal multimedia, video, grafik, fotografi ngn diorang. Aku tahu ilmu diorang banyak. Ilmu diorang mantap. Serius aku cakap sebab aku tahu multimedia, video, grafik, fotografi semuanya tanpa guru. Tak ada orang nak ajar aku. Aku tak nak orang yang ganti aku nanti macam aku. Masuk jadi exco dari ZERO. Masa jadi exco baru nak belajar tu..blaja ni... Bagi aku, masa jadi exco bukan lagi tempat nak belajar, semua benda ni dah kena serius dan kena ada bakat yang mantap.. Bukan setakat tahu sikit2.

Aku dengki kalau tengok exco IT kolej lain. Multimedia mantap, Kamera DSLR yg tinggi2 ada flash. Banyak orang plak tu yg pegang ( i mean kamera banyak). Aku ni baru merangkak nak blajar ambik gmbr. Nak guna tripod pun tak reti. Sem ni baru reti guna. Sedih kan!!! Serius aku tak nak exco yg naik sesi depan macam aku. Aku nak orng yang betul2 ada pengalaman.

Aku bangga ada junior macam diorang. Masa mula-mula aku ambik gmbr diorng, ada sorang budak tu tegur aku, 
Junior: DSLR bang! Nikon apa ni?
Aku: A'aah D80 (mujuq la sempat tahu, aceli baru 2 3 hari sblm tu ak baru tahu)
Junior: Kamera abang ek??
Aku: Tak laa..camera kolej..
Junior: Oww.. saya ada kat rumah.. tak bawak (lbh kurng cmni laa ayt dia)
Aku: Oooo..ye ke..dah biasa guna la ni?? Nanti bleh la join Fotografi Team
Junior: Ada ek?? Waaa..nak masuk laa...
Aku: Boleh-boleh..lagipun nanti ada bengkel fotografi join la.. (aku terus duduk tepi dia coz nk cakap pasal camera)
Junior: Nape guna Auto?? Nape tak guna Manual bang?? Manual lagi cantik
Aku: Tak la..saje je malas nak setting, tak mau gmbr blur (padahal tak reti guna manual, huhu aku terus bangun coz nak tgk apa yg ada kt function manual)

Then, selama beberapa hari di minggu orientasi tu aku guna Manual Function sebab nak tahu apa best nya manual?? Hasilnya memang superb...memang cantik..cukup level, contrast dan tak perlu nak edit lagi.. Sejak hari tu laa aku memang tabik spring ngn Batch kali ni... Tapi sejak malam tadi, aku jadi tawar hati.. semoga masa boleh mengubat hati yg kepasrahan ini..Hohoho.. Tak mao cakap daaaaa!!!! BYE!! Sekian!!

bila guna auto.. tak adjst pape..dh nm pun auto..

guna manual+kena adjust kt apature..
coz nak kawal jumlah chya yg masuk!!

Tengok!! mana lagi menyerlah??? So kalau nak kawin atau nak
wat sesi modelling..call laa saya..hehehe..

p/s: mood dah stabil..dah fikir daa..semua benda ada hikmah di sebaliknya..
cuma pada saat itu cam down sket (padahal  byak) huhu..thks sudi baca~

4 comments:

  1. haaaaaaaaaaaa~~~nnt aku grad, ko dtg amek gmba aku bebyk lah, ok...mcm2 pose aku nk bwat...

    ReplyDelete
  2. agaknya budak jurusan komputer ni rasa dah hebat kot then tak perlu masuk STM.. setakat multimedia ni kacang je bg dorg.. emm..

    P/s: apa lah salahnya mantapkan lagi STM!

    ReplyDelete
  3. miemen:: time tu aku pn grad..hahaa

    ReplyDelete