Thursday, 22 July 2010

Assignment Multimedia ~ Blu Ray

Cakera Blu-ray (bahasa InggerisBlu-ray DiscBD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.
Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.
Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.
Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVDToshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.
sumber: wikepedia






*Canggih bukan???
Rase cam nak beli je satu..nnti xpayah nak beli DVD byak2..
Kalau DVD Nak burn citer korea pun xcukup~


2 comments: