Tuesday, 1 June 2010

Permulaan (Kisah Hari Pertama)

Hari Pertama 13/5/2010 (Khamis)

Aku telah sampai di kampung halaman, Kampung Kuala Kubang lebih kurang pada pukul 4.50 pagi.  Sebaik sahaja turun dari bas, aku dapati kotak water dispenser yang Ma baru beli dari KL telahpun hilang. Aku pun tak pasti samada dicuri ataupun tersalah ambil. Tapi kalau tersalah ambil sekalipun mesti ada kotak orang itu yang tertinggal. Namun kotak lain tiada. Kami hampa. Kalau ada rezeki mungkin dapat balik benda tu.

Hari ini Ma masak ikan singgang. Sangat sedap. Kali ni lagi sedap sebab Ma buat pedas sedikit. Aku suka pedas. Terima kasih Ma. Kalau kat kolej, masa makan mesti ada cili potong. Tak lengkap kalau tak ada. Tak mencabarlah konon. Cakap pasal mencabar, aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Aku dah agak. Orang yang tak sayang mulut mesti akan dapat balasannya. Tak kira di dunia mahupun akhirat. Hari tu aku dah taip mesej nak send kat dia. Tapi aku tak sampai hati. Takut dia terguris. Dia lebih tua dariku, aku yang muda kena hormati dia. Tapi sangkaanku meleset. Aku membuat keputusan untuk menyimpan mesej itu di draf sahaja. Sekarang aku telah mendelete mesej itu. Kenapalah aku terlalu ingin menjaga hati orang lain??

Dah laa…tak yah lagi fikir pasal benda ni. Setiap kali aku ingin melupakan semua benda-benda yang aku sengaja buat-buat tak tahu ni, selagi itulah benda-benda ni menghantui aku. Aku hanya mendengar dan mendengar. Terlalu berat untuk aku luahkan pada sesiapa pun. Seperti ada mangga yang mengunci mulutku untuk mengutarakan segala salah faham, hasad dengki, fitnah dan segala benda-benda yang dusta ni. Aku tak mahu jadi seorang yang biadap dan kurang ajar, dan akibatnya kadang-kadang benda ini sangat memeritkan.

Tengahari tadi aku ada cakap kat Ma, aku nak makan bubur nasi dan kuah ikan singgang. Ma cakap boleh. Tapi Ma lupa nak buat. Tak apa, Ma masak nasi biasa pun Abang Chik makan. Pada malamnya aku tak nak makan sebab agak lewat. Ma teringat yang Ma lupa nak masak bubur untuk aku. Tak apa laa Ma, Abang Chik tak kisah. Abang Chik makan je apa yang Ma masak. Semuanya Sedap Belaka!!!

Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk mengubah segala-galanya. Adakah hari kedua aku semakin mencabar??




Betapa ku impikan ketenangan!!!




6 comments:

  1. bile ko nk tkar favicon ko q...

    ReplyDelete
  2. segala masalah pasti dp diselesaikan.. susah2 sgt,mendiamkan diriadalah jalan terbaik..
    tuhan maha kaya..
    balasan atas dunia lagi menyeksakan..

    ReplyDelete
  3. toru: hamende tu??? tolong xplain..

    ReplyDelete
  4. iskandar: akhirat kot lagi menyeksakan... kalau terus mendiamkan diri, rasa cam lepas tangan je...

    ReplyDelete
  5. favicon merupakan ‘inisial’ logo sebuah Website/Blog yang muncul tepat disebelah kiri alamat URL Website/Blog pada Address Bar Browser (Firefox, Internet Explorer, Flock, dll) Internet anda.tuto ad kat blog ni...follow la..
    http://flaszboy.blogspot.com/....

    ReplyDelete