Wednesday, 2 June 2010

Kisah Hari Kedua

Hari Kedua 14/5/2010 (Jumaat)

Hari kedua aku bercuti. Aku minta pandangan Ma untuk kerja pada musim cuti. Huhu..Ma benarkan. Aku harap tiada cakap-cakap dari belakang yang aku duk rumah dalam bilik mengadap laptop. Huhu.. Aku juga harap tiada cakap-cakap belakang mempersoalkan kenapa aku nak kerje lak. Aku kerja sebab aku nak kumpul duit, nak buat belanja nanti.

Banyak perancangan akan menyusul pada masa hadapan. Aku nak beli Broadband. Aku nak pergi Bandung, Indonesia. Aku nak beli pakaian untuk dinner kolej nanti. Aku kan dah final year. Mungkin, dengan duit lebih ni aku pun boleh tolong kawan-kawan yang dalam kesempitan. Aku harap sangat aku dapat kerja tu. 
Bandung, Indonesia


Semalam Ma cakap, Abang Di bagitau ada orang yang nak ambik kerja kat bahagian BANCI penduduk. Owhh…kerja ni dari rumah ke rumah. OK jugak tu.. Berbekalkan pengalaman yang tidak seaktif mana di kolej, Insya Allah aku boleh je ambik job ni. Doakan aku boleh buat ek.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Tak tahu macamana nak merungkaikan satu-satu. Kenapa semua orang tak nampak? Kenapa semua orang suka melihat keburukan orang lain berbanding dengan kebaikan? Kenapa perlu untuk melaga-lagakan orang? Kenapa perlu jadi batu api? Kuatnya hasutan syaitan kat diri orang tu!! Bila dah hasad dengki melingkari, dosa pahala tak dihiraukan. Yang penting mencapai matlamat untuk menewaskan pihak yang satu lagi.  Ya, aku akui pihak satu lagi sememangnya sudah tewas, tapi masih belum cukup untuk menghentikan mulut-mulut longkang yang sentiasa mengumpul dosa untuk bekalan ke neraka. Kejam sangatkah penulisanku ini?? Tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang aku cuba untuk meneutralkan. Mana mungkin diorang mahu mengalah. Kalau dibiarkan, memang tak boleh, aku saudara semuslim, malah lebih lagi, perlu membetulkan keadaan dan matlamat hidup ini. Aku tak berat sebelah. Aku juga tak memihak kepada mana-mana angkatan. Walau sesukar mana untukku luahkan, I’ll try my best. Tapi, sejauh manakah aku mampu bertahan??

p/s: Que tak jadi keje kat Banci tu. Atas sebab teknikal..


2 comments:

  1. gi bandung ngan team mtm ke???

    harusla banyak bersabar dgn apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  2. xlaaa...gi sorang2 laaa... hoho motif...

    ReplyDelete