Thursday, 3 June 2010

Journal Hari Ketiga

Hari ketiga 15/5/2010 (Sabtu)

Sekarang ni aku masih berusaha untuk menghabiskan jugak cerita Sad Love Story. Cerita makin best. Pada mulanya agak boring, tapi lama kelamaan agak best. Sekarang sudah episode 17. Ada 3 episod lagi. Hari ni tak boleh tengok lama. Sebab jaga kedai. Parents pergi kursus Haji. Adik pulak pergi gotong royong kat sekolah dia. So, kalau aku tak tahu harga aku call lah adik aku. Yang bengangnye rangkaian 013 ni kureng dapat. Agak lambat dan lembap. Sukar untuk melepasi talian. So, aku terpaksa lah menelefon adik aku dengan guna rangkaian 012. Cepat sikit. Takpe, jangan risau, top-up ada. Huhu…

Dalam hidup ini yang paling aku benci adalah menjadi batu api. Serius, paling aku benci. Aku juga seorang yang tak mudah untuk membocorkan rahsia orang. Kadang-kadang, orang mudah untuk. Kalau aku boleh pegang rahsia orang kenapa tidak orang lain?? Sebab itulah aku tak mudah untuk menceritakan keadaan aku. Sekadar luaran. Dalaman hanya aku dan yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya. Aku juga tidak suka untuk memperkatakan sesuatu yang boleh membuatkan perpecahan. 

Aku bencikan pergaduhan, bertikam lidah. Aku tak suka melihat orang tersinggung. Tak suka melihat orang kecewa. Sebab itu, aku sentiasa mengambil keputusan untuk berdiam diri dari bercakap benda-benda yang boleh menyakitkan hati orang lain dengan orang lain. Tak ape sakit hati dengan kita, asalkan bukan kita yang membuatkan orang lain sakit hati dengan orang lain. Batu api lah tu. Orang batu api ni memang mulut longkang. Tapi kadang-kadang batu api ni jugak ada mengadu dengan aku, tapi aku sentiasa mengambil yang positif je. Tapi sesetengah pihak lain kadang-kadang mudah untuk judge orang dan terus mengambil keputusan tanpa usul periksa.  

Fikir-fikirkanlah!!!



6 comments:

  1. asyik amek topup dalam laci je.. hahaha

    ReplyDelete
  2. bila lagi nak ambek kalau bukan sekarang!!! hahaha... nnti pi kolej daa kena beli daa..

    ReplyDelete
  3. kire ko keje gak lah kat kedai tu kan.. weh, result kuar bile??? takut!!

    ReplyDelete
  4. ntah laa biler...nnti ade r tu msg samapi suh checkk..hahaah

    ReplyDelete