Thursday, 3 June 2010

Arkib Kemerdekaan

Hari ini saya ditugaskan untuk menyiapkan soalan kuiz kemerdekaan bagi pelajar-pelajar sekolah akak saya. Reka punyer reka, bermacam-macam soalan yang timbul. Semuanya saya ambik dari sumber di internet dan sumber-sumber yang boleh dipercayai. 

Ada juga antara artikel yang sebak bila saya membacanya. antara cebisan artikel tersebut adalah :-

"5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato’ Razak menalipon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak"

Terharu bukan??? oleh itu sama-samalah kita menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dianugerahkan kepada kita. Kita hanya perlu mengekalkannya sahaja. Jangan sesekali kita leka dan alpa ek!!! Di sini saya sertakan maklumat tentang slogan-slogan kemerdekaan yang telah dicipta sebagai satu matlamat yang ingin dicapai pada setiap gerbang detik sejarah kemerdekaan pada setiap tahun.

TIDAK TERDAPAT LOGO PADA TAHUN-TAHUN TERSEBUT, HANYA TEMA SAHAJA;



1970   Muhibah dan Perpaduan


1971   Masyarakat Progresif


1972   Masyarakat Adil


1973   Masyarakat Berkebudayaan Malaysia


1974   Sains dan Teknologi Alat Perpaduan


1975   Masyarakat Berdikari


No comments:

Post a Comment