Saturday, 1 May 2010

Rasa macam nak pitam...

Hari ini hari yang sangat memenatkan. Malam tadi tidur lambat yakni lepas subuh. Alasannya sebab dah tidur awal iaitu lepas Maghrib. Kesahnya siap-siap nak gi makan malam ngn Zulkhair. Tapi tersiap awal then mata pun tergedik-gedik layu dan kuyu. Lepas tu terlanding kat tilam empukku itu. Bangun-bangun dah pukul 11.30p.m. OMG!!! Macam makan pil tidur plak..Orang ketuk pintu bilik macam nak pecah pun tak dengar!! Mesej masuk berdentum-dentum dengan ringtone "Saida - Di Curi Malam" pun xdapat kejutkan aku jugak. Memang malam telah mencuriku dalam tidur. Hahaha... Bangun-bangun je, terus mesej Zul tanya dah makan blom. Tup-tup dia balas dia dah makan dan dia sebenarnya sedang tidur! Apakah??!! OK, bergerak ke tandas then terus ambil wudhu'. Solat dulu!! Then masak Mee Segera!! Hahaha.. stock yang paling last, Mujuq ada lagi!!!.. Lepas tu tengok Cerita Korean, "Sad Love Story". Semakin tertarik dengan cerita itu!!!

OK, Stop cerita benda semalam. Cerita hari ni plak, Awal-awal pagi Amey dah call. Masa tu aku masih tidur.   Dia bagitau Evolusix dah sampai. Hoooreyy!!!! Aku melompat-lompat atas katil sehingga patah katil kolej. Hahahha..tipu ja!! Aku tidur atas tilam yg kat lantai ja la malam tadi. Then lepas bagi duit evo kat Amey, aku terus gi mandi dan bersiap-siap ke Pejabat kolej. Yes!! aku memakai baju EVOLUSIX!! hahaah..


Kerja aku yang pertama, jaga kaunter Evolusix. Huhuhu..Mula lah promote kepada sesiapa yang membaya pakej kolej.


Kerja aku yang kedua adalah menformat komputer di bilik MTM. Mujurlah sahabat saya, Ikhwan tolong menformat komputer yang jammed itu. Hampir-hampir sakit jiwa bagi sesiapa yang guna komputer itu. Dah laa virus banyak giler bersepah...


Kerja aku yang ketiga adalah sesi fotografi. Amat memenatkan. Adui..sampai gambar aku pun tak terambik lagi.. Huhu..sedih!!! Dah laa masa ni aku pun kena jaga kaunter Evolusix lagi, then kena ulang alik ke bilik MTM tgk komputer yg diformat itu, then fikir plak macamana nak settlekan pasal WebDev itu. Pasal paper work program sem depan tak email lagi kat pengarah program!! Sabar Que,, Boleh buat nyer!!


Yeah!!! Aku boleh!!!

*Baju Evolusix. Cantik tak??!



*Design rekaan dari Kak Ain

*Muka surat ke berapa ntah!! Thanks skuad Evolusix.

*Ambik gambar MTM baru

*Kak Zainab & Sape ntah tu??!

*Muka depan EVOLUSIX

*Cantik kan?!!



10 comments:

  1. incik Que..lepas tgk pic awk baru pasan y awk makin kurus..=)

    ReplyDelete
  2. ilusi je semata2 tuh... bile awak cakap macam tuh, teringat lak kat lecturer awak yg senyap je xdgr berita!!! hampes!!

    ReplyDelete
  3. cantek2...nak order 1...hehe

    ReplyDelete
  4. RM16.00 1helai... tapi untuk Abang EQ saya bagi RM15 jek..Hahaha..

    ReplyDelete
  5. nak tempah!! tapi post kat rumah la... free delivery charge.... ok??? hehehe

    ReplyDelete
  6. OPsss...hahaha..serius ke weh??? hempuk kang...kalau nak msg Zulkhair.. dia yg adjust untuk baju..

    ReplyDelete
  7. majalah bila dpt??? dh dua tahun x dpt mjlh...hu

    ReplyDelete
  8. dah bleh ambik di pejabat am K6. Sorry ek, coz tak ada delivery.. Setiap tahun memang pelajar akan ambik kt Pejabat..yang tahun lepas pun kalau nak boleh ambik!! TQ. jgn lupas ambik.

    ReplyDelete
  9. que, kalu amek sem depan sah2 dh abis. tolong ambikkan!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete