Friday, 7 May 2010

Bersyukurlah...

Tersentuh hati saya bila mendapat e-mail yang berkaitan dengan kesusahan dan kepayahan hidup sesetengah orang di dunia ini. Kita selalu fikir, kitalah orang yang paling bernasib malang, tapi sebaliknya, ketahuilah bahawa, ada orang lain yang tidak bernasib baik dari kita. Kita selalu inginkan benda yang berlebih-lebih, benda-benda yang mahal, tapi adakah kita pernah mensyukuri sesuatu benda yang kita dapat itu walaupun benda itu sedikit ataupun murah??? Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh - Nya kepada kita. Jangan sesekali mengeluh, tapi ucaplah Alhamdulillah kerana telah diberikan rezeki dan diberikan nikmat sihat, diberikan nikmat kawan-kawan, keluarga, ibubapa diberikan nikmat ilmu dan juga diberikan nikmat hidup di dunia ini walaupun hanya sementara ini.


*Anda fikir mereka mahu ke hidup sebegini??


*Pernah tak kita fikir, apa yang kita akan rasa bila kita berada di tempat kanak-kanak ini.?


*Apa kata hati kita???


*Tercapaikah matlamat hidup mereka??


*Apa agaknya nasib kanak-kanak ini selepas menjadi sebatang kara??!


P/S: DON'T waste FOOD any more, 
DONATE for needy 


5 comments:

  1. tersentuh bila membaca.. tapi apsal tak dapat tengok gambar?????

    ReplyDelete
  2. ha...baru nampak..patutla susah nak tgk gmbrnya.. rupa2nya.... kalah topeng yang aku post tadi.. huuuuu

    ReplyDelete
  3. harus laa ini yang realiti.. lagi tragis...

    ReplyDelete