Saturday, 3 April 2010

Watikah

Tinggal beberapa hari shja lagi sisa-sisa kehidupan saya sebagai Exco Sekretariat Teknologi Maklumat, Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Keenam, UPM. Nanti dah nak watikan penyerahan jawatan dan pelantikan MTM baru. Banyak yang saya pelajari dalam tempoh waktu yang begitu singkat ini. Seriously banyak!! Especially dalam bab teknologi maklumat. FOTOGRAFI, MULTIMEDIA (VIDEO & GRAFIK). Dalam pengurusan pun Que banyak timba ilmu. Daripada 0 bab-bab management sampai lah ke tahap sekarang yang Que dah berpuas hati. 

Masa Que untuk jadi MTM 09/10 hampir tamat. Sekarang kuasa telah beralih kepada sesi baharu. Que pun masih tertanya-tanya siapa next MTM 10/11 Kolej Keenam. Adakah Que ditawarkan lagi?? ataupun tidak?? Que pun tak tahu. Yang pasti walau apapun keputusannya Que terima dengan hati yang terbuka. Kalau masih ditawarkan Que akan terima. Dan kalau tidak ditawarkan, Que pun tidak rasa diri ini dipinggirkan. Semuanya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. 

Bagi Que sekarang, Kalau Que ditawarkan, Que akan terima dan akan cuba memperbaiki kelemahan diri yang selama ini Que tidak sempat untuk mengubahnya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong dengan keputusan Que. Adakalanya pendirian ini juga pernah goyah. Terhuyung hanyang tanpa asas yang kukuh. Namun dengan kekuatan semangat yang rakan2 MTM bagi, Que rasa Que patut berbakti kepada yang memerlukan lagi. Insya Allah Que akan buat yang terbaik. "itu kalau dapat laaa, huhuhu"


Yang pasti, Que akan merindui semua kawan2 MTM sesi 09.10.... banyak kenangan kita bersama taw... Nanti jangan lupakan kami di sini...Huhuhu~ TRIMAS~
p/s: tak sempat nak gi tgk wayang sesame reramai~

4 comments:

  1. tahniah que berjaya mengharungi semua itu

    ReplyDelete
  2. tima kaceh wan....sgt2 hargai award ni...

    "owhhh....lihatlah dunia...." hehehe...

    ReplyDelete
  3. danny:: harap mung leh jadi exco stm next sesi eh~ huhuh

    ReplyDelete
  4. abang EQ: Hahaha... Award ni lagi bermakna lagi dari ABP.. huhu

    ReplyDelete