Thursday, 18 March 2010

Roll VT...


"Kenapa dia?? Adakah orang lain juga suka dia?? Serius aku suka dia! Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya akan ku dengar dengan teliti supaya hatinya tidak terguris.. Tapi, aku amat takut untuk meluahkan isi hatiku yang terpendam sekian lama ini. Aku takut, aku bukan pilihannya. Aku tak akan meluahkan. Aku tak mahu setelah aku berterus terang, kami tak dapat lagi bersama-sama berkawan seperti sekarang.

Jujur aku katakan, mulutku bisa mengukirkan senyuman, tapi hatiku telah parah mengalirkan titik-titik kekecewaan. Adakah dia masih tidak dapat membaca hati ini. Adakah hati aku tiada dalam kamus hidupnya?? Aku tahu, bukan salah dirimu yang membuatkan hatiku ini telah disakiti. Kemaafanmu akan ku terima walau untuk ke seribu kali pun kerana hati ini telah kau curi setelah sekian lamanya. Indah sungguh perasaanku ini. Aku tak mampu berada jauh darimu.

Bisakah aku merebut hatimu?? kenapa aku selalu merasakan diriku telah terkandas sedangkan aku tidak pernah meluahkan lagi isi hati ini. Kisah cinta ini bukannya seperti cerita Adnan Sempit yg senang-senang dapat merebut hati Bossnya yg cantik itu. Jua bukan seperti cerita Ketika cinta bertasbih yg kedua-duanya mengharap cinta yang sama. Tapi kisah ini seakan-akan belum tentu kegembiraan di hujung jalan ceritanya. Aku bagaikan tak terdaya untuk mengarah kisah cinta dalam kehidupan sendiri.

Biarlah kisah ini hanya sampai di sini. Cinta ini masih belum mati. Tapi hanyalah terkunci di ruangan hati yg teristimewa dalam hidupku ini. Masih ada masa untuk mencari kunci untuk membukanya suatu hari nanti. Akan ku kejar cita-cita yang aku impi. Akan ku buktikan yg kejayaan itu bukan hanya ada di cabang ini. Bila tiba detik itu nanti, aku akan cari dirimu kerna ku tahu, kunci hatiku ada padamu. Semoga aku tidak akan terlambat~"

p/s:: Nak lawan Novel NB nih~ dpt x ek??

2 comments:

  1. yunk...i tak syuke taw u post camgini..
    i taw u dah lame suka i..tapi nk wat cmne yunk...hati i da lame mati tuk u yunk...eheh! ;p

    ReplyDelete
  2. hello~ bukan u ok!!! huhuh... i harap org lain pun xperasan diri dia gak~~ kalau ada sesape perasan, tak taw laa !!huhu

    ReplyDelete