Friday, 12 March 2010

Masih mampu Tersenyum

Aku bersyukur sebab kerja aku untuk dinner kolej, Malam Mutiara Gemilang (MMG) dah selesai. Buku program yang yg aku kena buat dah selesai 100%. Maybe tahun ni aku last jadi AJK MMG bagi Eksekutif Buku cenderamata & Multimedia kot. Dah 2 tahun berturut-turut aku pegang jawatan ni. So, tahun ni lagi cepat aku siapkan dah kurang sket masalah.

Tapi ini tak bermakna aku boleh goyang kaki sampai habis program walaupun kerja-kerja aku dah siap. Khidmat aku masih diperlukan untuk jadi usher. Hahaa..dah agak dah.. jadi usher gak last2.. First time jadi usher nih. Jadi usher pintu lak tu. Hahaa..aku ngn si Combee tuh.. sebok je die nak jadi usher pintu gak. "harap2 banyak laa gambar aku nnti yg diambik". Huhuhu.. Chiyyok2 kepada semua AJK MMG. Sukses2 ek~walaupun banyak dugaan, tapi banyakkan senyum taw...sebab kita semua masih lagi mampu tersenyum sebab kita telah jalankan tanggungjawab kita~ Org yg tak senyum tu adalah org yang telah abaikan tanggungjawabnya~

Aku bagi pihak Eksekutif Buku Cenderamata dan Multimedia amat berbesar hati nak bagitau kepada semua AJK dan jemputan yang datang, nanti jangan buang taw buku MMG tu.. Penat saya buat. Kalau korang tak nak, bagi je kat saya. Biar saya bagi kat orang kg. Huhu... Mana laa tahu, dapat job ni kt Kg. Kot2 nak wat buku program bila ada kenduri2 ke.~ Mantap gitu.. Hahaa.. Siap ada tentatif program lagi nih.. huhuh...Kuala Kubang mantap ah!!!~

cukup.....cukup.....cukup setakat ini kamu merepek2... hahaha... nah, secara eksklusifnya saya mempertontonkan beberapa helai buku mmg untuk anda semua khas yg selalu bukak Blog ini. Hehe~









No comments:

Post a Comment