Sunday, 28 February 2010

Hari yang Hebat


"bersama cik pengarah yang telah terketawa
di dalam kolam semasa sesi water crossing"

Hidung merah, kepala sakit, hingus nak terkeluar, pening otak lagi, tapi best!!! Itulah pengalaman yang aku dapat kat KEM KECEMERLANGAN MAHASISWA MATEMATIK. Sangat2 best. Tahniah buat Zulhilmimiyana @ Misshello Mismos selaku pengarah yang "berjiwa besar yang teramat sangat" untuk melakukan aksi2 superman masa main flying fox.

Masa water confident yang paling aku suka. Sebelum turun kat kolam tu aku ada la gak cuak2 sket, tapi wat2 cool ja. Dah laa tak mandi pagi.. Tukar baju yo yo oo jew.. Setiap sesi mesti pakai baju lain2. Bawak baju 5 helai seluar pun 5 helai.!! peluh keluar tak henti2. Khemah pulak panas macam duk dalam periuk kukus akak aku yang slalu wat laksa tuh.

Malam tadi tidur kat dewan. Sejuk plak, mau nyer tak sejuk, pasang kipas yang skali berpusing tu nak terbang semua barang...Akhirnya aku tidur dengan nyenyak dan nyanyok sekali sebab dah tak ingat apa masa tidur. Mimpi pun tak. Hahaha~ Amat seronok~ **tersentap bila teringat kat dak2 pompuan yang tidur lam khemah, mesti banjir ngn air peluh, haha, oh tidak, tak mahu memikirkan nya.

Solo night walk pun best. Mencabar dan meletihkan. Semua duk kecut perut. Yang berat 70kg bleh susut 5kg malam tuh akibat terlalu takut. Tapi aku rilex ja malah tidak sabar-sabar untuk menunggu giliran. Aku nombor 34 dari 37. Oh...sangatla penghujung. dah la gelap gulita. Panjat bukit plak. Mujur tak terjatuh seperti nangka buruk. Curam plak tuh. kalah gunung everest. Sesekali memerhati di sekeliling. Ayoyo~ jangan lihat, kang benda lain yg terkeluaq!!! Harap maaf, saya tak bersedia untuk berkenalan lagi.

Biarlah orang percaya,
kita kumpulan berjaya,
Mereka tidak tahu,
Kita telah bersatu...

Abe...Lian..bergabung malatop, yeah!!!


(sila nyanyi mengikut lagu Menggegar Dunia - Stacy + Adam)

Terkesima bukan??? Siap bergaya-gaya lagi di atas pentas
mendendangkan cheers kami yang malatop ituh!! Haaha..


**thanks to abelianans~ huhu

Hureyy. Abelian dapat nombor dua, dengan kumpulan yang
paling bekerjasama.. Saya rasa masa kitorang bekerjasama
adalah time main talipon buruk+beracun tahap merbahaya tuh.
Iskandar jadi tukang hafal. Dan sepatutnya terus ka Nana, Midah,
aku, then Linda kena tulis balik. Tapi atas kerjasama yang kami ada,
Dengan suara sedap Iskandar itu, masa dia bagitau Nana, aku pun dah
dengar ayat-ayat matematik dia tuh~ Midah buat2 paham walaupon~
Linda keja dia duk tulis ja~HAaaa...mantop~!!!


"masa beriadah~ selepas bermain splet
yang dijuarai mijea buat ke 57 kali.
dah Combi adalah org pertama keluar~ haha,
aku tertembak oleh Siti Nurfaidzan"


"di Nur Bukit Unggul, bersama pihak
urusetia dan pengarah yang berjaya
mengendalikan program~ Tahniah~"


"koboi-koboi sedang bagi taklimat main
game yang mencabar kefokusan"




2 comments:

  1. sangat seronok..
    saye suka sume aktiviti nye
    water crossing+flyingfox+nightwalk+ldk

    sume bes...

    ReplyDelete
  2. ye~ saya pom setuju~ yang penting xstress lgsung duk kt situ~~ bebas~ rasa cam bercuti lak kan!!

    ReplyDelete