Thursday, 7 January 2010

Kerana Terluka





















***poster drama Rahsia Hati
lagu kat bawah ni salah satu lagu
tema drama ini..
suka dengar lagu nih... Nostalgik!!
hehhe...jangan lupa donlod taw!!
dan jgn lupa tonton drama ini..

Kerana Terluka
by Nurul

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini terserah padaMu tuhan menentukan

Tak perlu kau bertanya ke mana kupergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah kuteruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya tuhan yang tahu duka lara hidupku ini

Tak terkata aduhai sayang
Kumasih lagi teringat bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu bisanya
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah kian lama tak jumpa

2 comments: