Tuesday, 22 December 2009

Di pagi hari...

Jam menunjukkan pukul 2:38 pagi bertarikh
23 Disember 2009. Dan maka esok adalah
24 Disember 2009 tepat jam 9:30 malam
saya akan bertolak dari Bandar Jerteh
ke Hentian Putra, Kuala Lumpur untuk
ke Universiti Putra Malaysia kampus Serdang.

Sekarang ni sebenarnya saya sedang menulis skrip,
di mana Haiqal(watak utama) sedang bercakap
dengan seorang Doktor di sebuah hospital tempatan
berkenaan seorang pesakit si hospital tersebut.
Nak tahu siapakan pesakit itu? dan apa sebenarnya
penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu?
Sama-sama kita nantikan!!! hahaha...

Ada gaya penulis skrip tak??? Huhuhu...
poyo je kan!!.. tadi lebih kurang 45 minit
saya tak dapat lelapkan mata semata-mata
ingin mencari kesinambungan cerita yang
bakal saya jadikan skrip untuk disubmitkan
kepada radiortm.. kesannya, tengok!!
anda boleh lihat sekarang bagaimana
skemanya penulisan blog saya ini rentetat
daripada terlalu berfikir untuk membuat
ayat formal dalam penulisan saya pada kali ini.

Bagi saya, saya akui menulis cerpen
atau novel lebih senang berbanding
menulis skrip kerana, menulis cerpen
ini wataknya agak hidup dan kita juga
dapat berimaginasikan tentang keadaan
sekeliling dan suasana ketika sesebuah
scene yang dipaparkan. manakala sebuah
skrip pula, kita lebihkan bermain dengan
watak dan karekter seseorang sehinggakan
kita perlu memperbetulkan cara pemahaman
ataupun cara bacaan skrip kita itu beberapa
kali supaya pembaca/penilai dapat membaca
dan memahamiskrip kita dalam situasi yang
sebenar yang ingin kita sampaikan.
perasaan ketika ini adalah: tidak boleh blah!!!

Sungguh susah untuk menerangkan
kepada anda!!! adakah anda semua faham???
Buat-buat paham je lah!! ha?? xpaham??
aku hempuk karang sesape yang tak faham!!
ha!! faham kan sekarang!! Baiklah sekarang
saya ingin menyatakan kondusi saya laa ni!!
saya sedang meresearch sumting untuk skrip
saye...ye laa..nak buat skrip pun xleh main
hentam je..kena laa ada ilmu sket.. -berlagak!!

Tadi saya telah mention kan ada pesakit kan,
so apa yang saya nak cari adalah; apa yang
hendak doktor itu terangkan kepada haiqal
berkenaan pesakit itu..hahahaha...
saya tak mau lagi wat pesakit itu sakit
buah pinggang..sebab dulu saya pernah
buat masa saya tulis cerpen saya yang
bagus itu padahal lawak...hahahaah... OK lah,
saya ingin menyambung kajian saya..
BYE..SELAMAT MALAM!!!

No comments:

Post a Comment