Thursday, 1 October 2009

Terbuku di Hati...


Entri kali ni adalah ikhlas dari hati....sebelum ni pun ikhlas juga.. tapi kali ni diluahkan dengan nada yg serius. Susah juga kalau jadi seorang yang susah berkata-kata... setiap hari hidup aku penuh dengan berfikir tapi xsempat untuk meluahkan... buat masa sekarang ni bagi aku tiada siapa lagi yg boleh bersama menganggung cerita2 yang aku hadapi, kisah2 yang tersembunyi yang sememangnya tak mudah untuk dikendali.. memang betul-betul perlukan ketabahan...orang tak akan tahu apa masalah kita, orang pun tak tanya apa masalh kita, tapi setiap hari kita dihukum dengan nilaian orang terhadap kita atas secebis sikap yg tidak seberapa dan yang sememangnya sikap itu hanya sekadar untuk menutupi kegelisahan kita, menyembunyikan keperitan hidup kita. Mereka tidak merasai apa yang kita rasa, tapi seboleh2nya fahamilah apa yang ada disebalik pergerakan kita. Apa yang aku buat semuanya salah di mata dia walhal di mata aku walaupun dia melakukan perkara yang sama apa yang aku lakukan itu, aku tetap memandang benda itu adalah tidak salah. aku selalu berfikir positif terhadap dia, tetapi mengapa bukan dia berfikiran positif juga terhadap aku... tapi aku cuba untuk menyimpannya..kerna aku tahu aku akan selalu memaafkannya.. dan memaafkan sesiapa sahaja.. aku sudah tidak terdaya untuk menyimpan rasa tersinggung kerana apa yang aku simpan di hati ini masih belum selesai... masih belum terungkai dan sememangnya aku tidak tahu bila ia akan terungkai.. adakah penyelesaian itu menuntut satu kehilangan buat selama-lamanya ataupun boleh bertolak ansur mengikut hati budi dan bicara semua pihak yang terlibat??? bagi aku ia tiada apa-apa masalah, tapi.....knp orang lain kelam kabut???kenapa org lain gelisah??? kenapa tak boleh bertolak ansur macam aku bertolak ansur dengan individu itu???

Macam ni laa aku hari-hari...sentiasa berfikir..sentiasa bercakap dengan diri sendiri... hati aku selalu berkata-kata...aku selalu bercakap sorang-sorang...tak gila kan!!! bukan sakit jiwa kan!!!

6 comments:

  1. baek ko bukak buku tue..nnt jadi makin teruk..haha..elak jadi barah je..

    ReplyDelete
  2. ntah.. aku pun tak ingat napa aku ckp cmtu..huhu

    ReplyDelete