Tuesday, 21 April 2009

Secebis Coretan buat anda

Coretan 1
Dua tiga hari ni aku rasa aku ni cam dingin jaa…maybe banyak pikir masalah-masalah bodoh
yang entah mana2 datang…huhuhu..mengarut jaa fikir pasal masalah orang… Dulu cikgu aku ada cakap,
jangan terlalu membebankan diri anda untuk fikir masalah orang lain, walhal anda tak pernah pun
bagi peluang kat diri anda untuk fikir pasal anda sendiri… sungguh tak adil kan kalau anda di tempat itu.
Memang… aku dulu pun pernah lalui benda ni, tapi akhirnya orang tu pun wat benda yang tak baik jugak kat aku…
ntah lah… tak de penghargaan langsung… lantak lah…sekarang kami pun dah cam biasa2 jew… then, sekarang
masalah tu datang lagi dan aku semakin bijak untuk handle benda ni…(puji diri sendiri nieyhhh..)
sebenarnya fikir masalah orang lain bukannya satu perkara yang salah dan ia memang tak salah,
tapi ia akan jadi salah bila anda tempatkan masalah ini sebagai benda yang paling penting menyebabkan
diri anda tak terurus…cikgu aku dulu ada pesan gak…firstly, fikir pasal diri sendiri.
Secondly, fikir pasal family anda yang telah banyak berkorban untuk anda, then yang ketiga barula
boleh fikir pasal orang lain… Niat untuk tolong kawan kita tu memang baik dan tak salah tapi pengaturan
tu amat tak betul.tak adil bagi diri anda ngan family anda untuk terima benda ni..

Coretan 2
Kadang – kadang aku pernah terfikir, matangkah diri aku ni??? Apa yang aku fikir ni adakah
keputusan yang terbaik? Aku selalu buat keputusan tentang diri aku,tapi aku selalu biarkan
diri aku mengalah walhal aku sendiri nak benda tu.. aku selalu fikir dan terlalu memikirkan
tentang perasaan orang lain sedangkan aku tak tahu adakah apa yang aku jangkakan tu betul
ke tak!! Tapi aku taw, aku buat benda ini untuk keselesaan orang lain. Aku memang tak suka
menyusahkan orang lain walaupun dengan keluarga sendiri ataupun kengkawan. Biarlah orang kata:
“ ala..tu kan geng ko, takkan dengan geng sendiri pun nak berkira!”, “bukan ko rapat ke dengan dia,
takkan la dia takleh faham ko!” . memang betul, aku tak rasa dia akan mengeluh walaupun aku memang
menyusahkan dia, tapi aku sebagai seorang adik or kawan yang memang tak nak diorang rasa walau
sedetik pun perasaan terbeban pasal aku. Sebabnya, aku mula rasa bersalah, dan aku akan fikir pasal
benda ni berulang-ulang kali… PELIK KAN!!!. Aku tak rasa pelik pun…

Coretan 3
Tapi di sebalik dalam rasa ni aku ada jugak rasa kesian pada diorang yang aku sangkakan berperasaan
yang begitu walhal diorang langsung tak pernah terdetik sebelum ni ..huhuhu…contohnya cam oang2 sekeliling aku yang selalu apat ngan aku..sorry guys kerana menyusahka kamu selama ini.... hope kita dapat jadi kawan buat selama-lamanya...

1 comment:

  1. bgus ko kesian kt org len..
    jd ko lg prihatin dn ambik brat psl org len..

    tp ad time jgn la tlalu kesian sgt smpai dri sndri pn xbtol..

    dn advice ak.. jgn ikot sgt perasaan ko.. bwat je per yg ko nk bwat..

    ReplyDelete