Thursday, 15 January 2009




















i love myself~~

"Cinta itu...banyak pengertian...
tapi bagi aku yang baru setahun jagung ni, cinta adalah....
SAHABAT & KAWAN SEJATI...
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan tulus
dan sebenar-benarnya iaitu segala baik dan burukmu.
Setiap apa yang kita lakukan biarlah sejujur-jujurnya kerana kejujuran
itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan yang dinamakan persahabatan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang yang berada di sekeliling
kita. Oleh itu janganlah kita tertarik kepada seseorang hanya kerana parasnya
dan harta yang ada padanya. Ini adalah kerana sesungguhnya keelokan paras rupa
dapat menyesatkan dan memesongkan kita. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
kerana kekayaan sesungguhnya dapat musnah dan hilang sekelip mata.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah
ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti terselit durinya yang tajam.
Sesungguhnya dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan
kebahagiaan, seperti juga durian yang berduri kerana sedap isinya, kulit
manggis yang pahit kerana manis ulas didalamnya jua mawar yang berduri
dek semerbak harum baunya.

Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian daripada kamu,
tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
hidupmu, tetapi.....apabila apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu
pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang
kembali ke sisi.

No comments:

Post a Comment